Friday, July 15, 2011

1.0 GARISAN DAN PENGHURUFAN


Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:

i. Mengenalpasti jenis-jenis garisan yang digunakan dalam Lukisan Kejuruteraan.
ii. Melukis garisan dengan betul.
iii. Mengetahui kegunaan dan fungsi setiap jenis garisan.
iv. Menulis bentuk penghurufan dengan betul.
v. Mengenal pasti bahan serta peralatan penyurihan dan pendakwatan
vi. Menerangkan kaedah penyurihan dan pendakwatan yang betul.

1.1 Abjad Garisan
Mengikut piawai ANSI Y14, terdapat beberapa jenis abjad garisan yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan. Setiap garisan mempunyai ciri dan fungsi-fungsi yang tertentu.

1.2 Ciri Abjad Garisan
Kehitaman garisan amat dititikberatkan apabila membuat garisan dan pensel. Untuk membezakan kehitaman garisan, gred pensel yang berbeza perlu digunakan.
Apabila membuat garisan dengan menggunakan dakwat, ketebalan garisan perlu diambil kira. Ketebalan garisan bergantung kepada mata pen teknikal yang digunakan. Mata pen bersaiz kecil digunakan untuk membuat garisan halus, manakala mata pen bersaiz besar digunakan untuk membuat garisan tebal. Pen teknikal ini banyak digunakan dalam kerja mendakwat dan menyurih lukisan. Hal ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam tajuk penyurihan dan pendakwatan.
Ciri-ciri abjad garisan terbahagi kepada tiga, iaitu:
i) Kehitaman atau ketebalan
ii) Rupa bentuk
iii) Kegunaan

Jadual 1.1 Abjad garisan dalam lukisan kejuruteraan.


Nama Garisan Bentuk Ciri Gred Pensel
Garisan binaan ______________ Ringan dan halus 2H
Garisan objek
Hitam dan tebal HB
Garisan terlindung
Hitam dan halus HB
Garisan tengah ¬______ __ _____ Hitam dan halus H
Garisan satah pemotongan
Hitam dan tebal HB
Garisan dimensi
Hitam dan halus H
Garisan pecah pendek
Hitam dan halus H
Garisan pecah panjang
Hitam dan halus H
Garisan fantom ¬¬¬¬_____ _ _ _____ Hitam dan halus H
Garisan tambahan/
unjuran
Hitam dan halus H

No comments:

Post a Comment

Post a Comment